BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 27 September 2011

Bleh ker nak bela kucing kalo nak Pregnant?

Before this i use English as my medium of language. But then ada org komen....so, can i just mixed together dengan bahasa? Hehehhe... Just to make it not too formal... (dah namanya blog untuk kaunseling, kenalah relax jer kan?) Ok straight to our topic 4 today...Bleh ke bela kucing kalo nak pregnant? Erm...apa jawapan peminat kucing2 di luar sana?

Seperti yang kita sedia maklum, kucing ni can be regarded as man bestfrenz..comel..manja..pendek kata penghibur hatilah. Ada orang, bila dia main dengan kucing, stres pun hilang...Bukan ker bagus tu? Erm...bagus tu bagus la gak tapi kita kena ingat, bela kucing ni memerlukan penjagaan yang telita kerana......kucing boleh mendatangkan bahaya kepada perempuan yang merancang untuk mengandung... Macam mana tu?

Kucing sering dikaitkan dengan Toxoplasmosis. Apa benda plak Toxoplasmosis tu? 
 
Toxoplasmosis ialah penyakit bawaan protozoa microscopic bernama Toxoplasma Gondii yang merupakan parasit usus. Parasit ini boleh menjangkiti kucing atau mamalia yang memakan binatang kecil lain, burung atau apa-apa sahaja binatang yang membawa sista Toxoplasma. Apabila dijangkiti, sista ini akan menjadi telur di dalam usus. Telur-telur ini kemudian akan tersebar di dalam najis di mana parasit ini akan terus membiak. Sekiranya parasit ini menjangkiti perempuan mengandung, fetus di dalam kandungan akan terancam dan boleh menyebabkan kecacatan. Haaaa...tu dia! Takut...takut.. Hehehhee...jangan gabra. Relax..relax..teruskan membaca...
Hal ini boleh dikawal dengan melakukan:-

Ujian Toxoplasmosis 


·         Doktor haiwan boleh mengesan Toxoplasmosis dengan memeriksa najis kucing

·         Ujian darah juga boleh menentukan samaada antibody telah diaktifkan untuk member respon terhadap toxoplasma atau tidak. Yang menyukarkannya ialah kebanyakan kucing jarang-jarang menunjukan tanda2 terkena jangkitan toxoplasmosis ini walaupun sesetengah anak kucing yang dijangkiti menunjukkan symptom seperti demam, batuk, limpa membengkak dan hilang selera makan.



Mengurangkan Risiko Toxoplasmosis

·         Bawa kucing mendapatkan ujian Toxoplasmosis

·         Kurung anak kucing dalam umah jer! Toxoplasmosis menjangkiti kucing melalui pemangsa yang dijangkiti. Dengan tidak mendedahkan anak kucing, risiko dijangkiti juga dapat dikurangkan

·         Masak sebarang daging yang anda bagi makan kat kucing tu (nak bagi manusia makan pun kita kn masak betul2 kan? Kucing pun sama la…Cian kucing tu kalo mkn yg mentah….liat tu!)

·         Cuci tangan bersih2 selepas handling maner2 daging mentah


·         Sekiranya anda mengandung, elakkan mencuci bekas najis kucing anda. Suh ler suami ker…adik beradik ker yg tolong cucikan najis tu…kita kan tengah mengandung, kena la berjaga2 ckit.